acara,

Tanamera Brown Soap - Sabun Anti Bakteria Atasi Kesan Radang

April 09, 2017 Hayaty 0 Comments

Produk Tanamera memang popular di negara kita dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Tanamera, dalam bahasa Melayu, bermaksud 'tanah merah atau 'red earth', satu nama yang sesuai untuk pelbagai produk yang bahan-bahannya diperoleh daripada tanah hutan hujan tropika. Produk Tanamera ini unik kerana tidak  menggunakan pewarna tiruan, minyak wangi, bahan kimia aktif dan bahan pengawet. Baunya juga sangat menenangkan, mana tidaknya, kebanyakkan produk Tanamera menggunakan esktrak pati asli.


Rangkaian produk Tanamera dicipta dengan teliti  berdasarkan rawatan spa tropika Asia dan dibungkus untuk penggunaan di rumah, semasa on-the-go dan penggunaan spa profesional.

Produk Tanamera terdiri daripada aksesori spa dan rawatan kecantikan, minyak pati asli ( essential oil ), produk kecantikan wajah, minyak urut, produk bayi, minuman herba dan teh, produk rambut dan kulit dan juga set penjagaan berpantang. Ada beratus produk keluaran jenama Tanamera ini sebenarnya dan harga juga mampu milik.

Di dalam rangkaian produk kecantikan rambut dan badan, terdapat empat sabun popular jenama Tanamera iaitu Green, Black, White dan Brown yang mempunyai keistimewaan sendiri. Kali ini kami ingin review antara produk popular keluaran Tanamera iaitu Tanamera Brown Formulation Body Soap. Tanamera Brown Formulation Body Soap ini diperbuat daripada akar wangi, kunyit, ekstrak halia liar dan kayu manis serta herba terbaik dan terpilih.


review Tanamera Brown Soap

Manfaat Sabun Tanamera Brown Formulation Body Soap

  • Herba yang ada di dalam sabun ini terkenal dengan fungsi anti-radang
  • Sabun ini mempunyai manfaat anti-bakteria - sesuai untuk mengurangkan jerawat dan masalah kulit badan
  • Mampu meratakan tona kulit dan mendapatkan warna kulit yang sekata
  • dapat membantu mengatasi masalah ruam dan gatal.
  • Baunya juga menyegarkan badan pengguna.
  • Halia liar - mempunyai zat vitamin B dan tinggi kandungan potasium, magnesium dan kalsium.
  • Kunyit - mampu mengurangkan kesan radang pada badan
  • Kulit kayu manis - mampu melembutkan kulit wajah dan melembapkan kulit
Untuk mendapat kesan terbaik, gosokkan sabun buku pada span badan untuk mendapatkan buih yang banyak.  Basahkan seluruh badan dan kemudian gosok perlahan-lahan di seluruh badan. Basuh badan sebersihnya dengan air sejuk atau suam.
Gunakan sabun secara langsung pada kulit yang bermasalah.Penggunaan yang kerap akan melembutkan dan melicinkan kulit terutamanya di kawasan-kawasan yang kasar seperti siku.
 
Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Tanamera Brown Formulation Body Soap (RM18)
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Tanamera, anda boleh ke:
 
 
 
Berikut kami kongsikan acara hi-tea dan lawatan booth jenama Tanamera yang sempat kami hadiri di Avenue K minggu lalu!








0 komen: