featured,
Hada Labo Lifting & Firming -- Kulit Lebih Anjal Dan Awet Muda
Semua wanita inginkan kulit yang menawan terutamanya apabila menginjak umur 30an. Bukan senang mengekalkan kejelitaan dengan produk mampu milik. Jadi apa solusinya?
Jenama kecantikan wajah dari Jepun popular iaitu Hada Labo telah mengeluarkan siri produk kecantikan baharu untuk meremajakan dan menganjalkan kulit wanita Asia. Siri produk kecantikan Hada Labo Lifting & Firming ini membantu wanita mengurangkan kedutan, garis halus, kulit kusam dan membantu wanita mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri. Kandungan Hydrolyzed Elastin dan Hydrolyzed Collagen di dalam rangkaian ini membantu wanita mengekalkan keremajaan kulit selain dari mengandungi Elastrow dan Fermented Soymilk untuk menambahkan kolagen dan elastin di dalam kulit kita.
Rangkaian produk ini tidak mengandungi alkohol dan pewangi serta kandungan pH yang seimbang. Ia boleh didapati di semua rangkaian farmasi dan kedai di Malaysia bermula Januari 2017.
Rangkaian Hada Labo Lifting & Firming ini terdiri daripada 6 jenis produk iaitu:
Lifting & Firming Lotion - Rich ( RM67.50)
Losyen ini adalah langkah pertama selepas mencuci wajah dengan pembersih wajah. Ia membantu untuk melembapkan lagi kulit kita dan membantu kulit menyerap produk yang dipakai. Untuk kesan maksimum, anda digalakkan untuk memakai produk ini 2 kali sehari selepas membersihkan wajah. Hanya sapukan dan tepuk lembut losyen pada wajah sehingga ia diserap.
Lifting & Firming Milk (RM70.90)
Susu Lifting & Firming ini adalah ringan dan mudah diserap oleh kulit untuk meremajakan wajah dan membuatkan kulit wajah lebih licin dan lembut. Produk ini boleh digunakan 2 kali sehari selepas penggunakan losyen dan esen. Hanya sapukan dan tepuk lembut susu kecantikan ini pada wajah sehingga ia diserap.
Lifting & Firming Cream (RM78.00)
Krim Lifting & Firming dari Hada Labo ini membantu memberikan khasiat kecantikan optimum pada wajah ditambah pula ia mampu meningkatkan keremajaan kulit dan kulit nampak lebih anjal. Selepas menggunakan losyen dan esen, ambil sedikit krim ini dan sapukan di seluruh wajah dan leher. Urut lembut sehingga krim diserap penuh oleh kulit.
Lifting & Firming Wrinkle Care Cream (RM74.90)
Bagi wanita yang berumur pula, anda disarankan memakai krim anti kedut ini di bahagian sensitif terutamanya di bawah mata dan juga sekeliling bibir. Penggunaan secara konsisten membantu untuk mengurangkan garis halus dan kedut pada wajah dan memberikan kesegaran pada wajah. Guna produk ini dua kali sehari.
Lifting & Firming Mask (RM52.90)
Masker wajah ini mengandungi serum anti penuaan dan masker ini membantu wanita untuk mengurangkan kedut dan memberikan kesegaran pada kulit. Saiz masker ini juga sesuai dengan saiz wajah orang Asia. Anda hanya perlu memakai masker ini sekali seminggu.
Lifting & Firming Essence (RM89.90)
Esen dari siri Hada Labo Lifting & Firming ini mengandungi esen buah delima dan Lycopene yang memberikan kesan 100 kali ganda anti oksidan berbanding produk lain untuk mengurangkan kesan anti penuaan dan pencemaran pada kulit. Ia juga mengandungi ekstrak soya untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menambahkan kolagen agar kulit tampak segar dan berseri sepanjang hari.
Untuk kesan optimum, anda boleh menggunakan produk ini selepas penggunaan Lifting & Firming Lotion dua kali sehari. Hanya letakkan pada tangan dan sapukan pada kulit hingga semuanya diserap.
0 komen: