featured,

[Acara] Aiskrim MAT KOOL Panda Telah Dilancarkan!

Januari 20, 2017 Hayaty 0 Comments

Aiskrim MAT KOOL® Panda telah dilancarkan pada majlis pelancaran media yang diadakan di Pusat Konservasi Panda, Zoo Negara Malaysia baru-baru ini. MAT KOOL® merupakan antara jenama aiskrim yang paling popular di Malaysia. Jenama ini terkenal dengan kepelbagaian perisa aiskim yang menyegarkan; setiap produk menawarkan pengalaman aiskrim uniknya yang tersendiri.

MAT KOOL® kini memperkenalkan satu lagi produk yang menyeronokkan di pasaran, iaitu MAT KOOL® Panda—aiskrim berbentuk panda yang comel dengan kombinasi vanila dan coklat yang mempunyai tekstur yang lembut berkrim, enak untuk dikongsi bersama rakan-rakan.


Pelancaran aiskrim MAT KOOL® Panda bermula dengan sebuah persembahan penuh bertenaga oleh kumpulan penari ‘flash mob’ yang memulakan acara dengan tarian berkumpulan diiringi oleh irama ikonik MAT KOOL®. Kumpulan yang sama juga telah membuat persembahan pada acara ‘flash mob’ pra-pelancaran MAT KOOL® Panda pada 7 dan 8 Januari 2017, di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan Mydin Mall USJ1, yang bertujuan untuk menarik orang ramai dan mengumumkan tentang pengenalan aiskrim MAT KOOL® Panda.

Jemputan yang hadir juga dijemput untuk menyertai sesi mencari harta karun dan bersiar-siar di sekitar zoo. Dalam sesi mencari harta karun tersebut, pasukan peserta dikehendaki mencari jawapan berkisar pada tema hari itu di Pusat Konservasi Panda. Aktiviti lukisan muka dan acara mewarna turut disediakan.

Sebagai penutup bagi acara yang penuh dengan kesenorokan itu, para tetamu berpeluang untuk melawat keluarga panda gergasi Malaysia: Xing Xing, Liang Liang, dan Nuan Nuan.
Aiskrim MAT KOOL® Panda kini boleh didapati di pada harga yang disyorkan iaitu RM 1.50 di pasaran, serta di laman atas talian 11street (www.11street.my). 

Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim MAT KOOL® Panda baru yang enak ini, sila layari laman sesawang Nestlé di http://www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestlé Malaysia di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

0 komen: