kesihatan
Doodle, atau coretan, merupakan lakaran spontan yang boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada corak abstrak atau reka lukis sehinggalah lakaran imej objek, landskap, manusia mahupun wajah. Adakah anda tahu bahawa kajian Sains Saraf, psikologi dan reka bentuk menunjukkan mencoret dapat membantu seseorang itu mengekalkan tumpuan, mudah memahami konsep-konsep baharu dan menyimpan maklumat di dalam otak?
Sebagai peneraju dalam mempopularkan bentuk karya artistik ini, Antabax memandangkan pertandingan Doodle ini mendapat sokongan yang menggalakkan pada tahun 2014, iaitu kali pertama ia dianjurkan oleh Antabax. Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ telah dijalankan melalui laman Facebook rasmi Antabax pada 30 Jun hingga 30 September 2016, dan telah terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia berjaya menarik lebih dari 1,200 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Penyertaan terdiri dari kategori sekolah-sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi dan kategori terbuka, yang baru ditambah di pusingan ini.
Sebuah pameran bagi 80 karya doodle yang terpilih telah diadakan di Balai Seni Visual Negara, dan dihadiri oleh para finalis, keluarga mereka, rakan-rakan dan guru-guru yang datang dari seluruh negara untuk menunjukkan sokongan mereka. Hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh para pemenang ialah wang tunai berjumlah RM28,000 serta barangan eksklusif Antabax. Tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing bakal menerima wang tunai berjumlah RM3,000, RM1,500 dan RM800, manakala 17 pemenang hadiah saguhati dari setiap kategori akan menerima RM100 setiap seorang atas usaha mereka.
Menduduki tempat pertama bagi kategori masing-masing pertandingan kali ini ialah Mohd Syamil Aizat Bin Mesman yang berusia 12 tahun, dari SK Limpoon 1(Kategori Sekolah Rendah), Ng Jie Xin, 17 tahun, dari SMK Tun Saban (Kategori Sekolah Menengah), Leong Ka Mun, 18 tahun, dari International Advertising, Communication and Technology College(Kategori IPT) dan Mohamad Shariffudin Bin Mohamadiah yang berusia 35 tahun dari Negeri Sembilan(Kategori Terbuka).
Para tetamu juga telah mengikuti sesi melukis secara langsung semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’, lalu mempamerkan kebebasan bersuara melalui seni. Para pemenang 20 teratas daripada kategori sekolah rendah dan menengah dan sekolah mereka masing-masing juga akan menerima Kit Penjagaan Antabax, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka dan seterusnya menggalakkan amalan kebersihan yang baik di kalangan sekolah-sekolah.
Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ -- Bantu Cergaskan Minda Pelajar
Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ yang disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dianjurkan oleh jenama penjagaan diri halal nombor 1 di Malaysia Antabax baru-baru ini.Doodle, atau coretan, merupakan lakaran spontan yang boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada corak abstrak atau reka lukis sehinggalah lakaran imej objek, landskap, manusia mahupun wajah. Adakah anda tahu bahawa kajian Sains Saraf, psikologi dan reka bentuk menunjukkan mencoret dapat membantu seseorang itu mengekalkan tumpuan, mudah memahami konsep-konsep baharu dan menyimpan maklumat di dalam otak?

0 komen: