6 Perkara Gempak Tentang Jetaine A-Maze-Ing Promo Shurah
Siapa tak kenal dengan produk kecantikan Shurah? Shurah adalah antara produk kecantikan yang disahkan halal oleh JAKIM dan dimiliki oleh Jetaine Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan. Produk Shurah terdiri daripada produk-produk penjagaan kulit, pewarna rambut, wangian, penjagaan rambut, syampu, penjagaan badan dan kosmetik. Pelbagai bahan semulajadi digunakan dalam produk Shurah seperti susu kambing, aprikot dan minyak zaitun. Dengan kata lainnya, anda tidak perlu risau jika memakai barangan Shurah kerana ia dijamin 100% selamat digunakan.
Secara peribadi pula, saya sendiri menyukai barangan Shurah kerana ianya wangi, mudah didapati di kedai-kedai kecantikan dan harganya pula antara yang berpatutan di pasaran. Tak koyak poket bila membelinya.
Namun begitu, tahukah anda, Jetaine Corporation Sdn Bhd bakal melancarkan Jetaine A-maze-ing Promo tidak lama lagi? Pasti ada yang tertanya-tanya, apa tu Jetaine A-Maze-ing Promo? Nama macam gempak je, adakah aktivitinya bakal gempak juga?
Jawapannya YA, memang GEMPAK. Untuk kemudahan anda, ini 6 perkara GEMPAK tentang Jetaine A-maze-ing Promo:
1. Promosi ini bermula 15 Mac hingga 15 Mei 2017. Jangan lupa tandakan di kalendar anda, kalau tidak nanti melepas!
2. Anda cuma perlu membeli barangan Shurah bernilai RM20 ke atas, dan kemudian anda layak menyertai pertandingan dan menang hadiah menarik dari Shurah sepanjang promosi ini.
3. Antara aktiviti yang anda boleh disertai adalah 'INSTANT REWARD' di mana anda boleh terus memenangi salah satu dari tiga jenis hadiah istimewa yang disediakan, dengan syarat, harus bermain permainan A-MAZE-ING GAME terlebih dahulu. Alah, kacang je kan?
4. Kalau anda ingin memenangi wang tunai berjumlah RM100, caranya sangat mudah. Sertai Photo Contest selepas anda membeli produk Shurah, pakai props #AmazeingPromo yang disediakan, ambil gambar anda dengan gaya paling meletop atau kreatif sekali dan muatnaik di laman Facebook. Jangan lupa letak hashtag #amazeingpromo! Gambar paling kreatif dan menarik akan diisytiharkan sebagai pemenang!
5. Mungkin juga anda segan, tak mahu masuk contest #AmazeingPromo tapi tetap nak memenangi hadiah. Bolehkah? Jawapannya, tentulah BOLEH! Apa yang anda perlu lakukan adalah beli barangan Shurah dengan nilai lebih dari RM70, RM100 atau RM150. Bagi pembeli yang berbelanja lebih RM70, anda layak mendapat beg Nylon Foldable eksklusif. Pembelian RM100 ke atas pula melayakkan anda mendapat botol 400ml beserta pouch, dan pembelian RM150 ke atas, anda pula boleh bawak balik payung. Memang sesuai sangat dengan musim hujan sekarang.
6. Nak kahwin dan nak cari produk kecantikan untuk dijadikan hantaran? Nak hadiahkan sesuatu untuk isteri atau teman wanita? Atau nak ada barangan kecantikan Shurah pada harga murah kaw kaw? Kami sarankan anda membeli Pek Promosi Shurah yang akan dijual mulai 15 Mac hingga 15 Mei 2017. Lepas dari tarikh tu, tak dapatlah harga promosi!
Macamana? Seronok kan? Simpan tarikh 15 Mac hingga 15 Mei 2017 dalam kalendar anda, dan jangan lepaskan peluang menyertai Jetaine A-maze-ing Promo ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web Shurah Malaysia dan follow mereka di laman Facebook rasmi mereka okay?
Muah!
0 komen: