acara,
Shiela Majid Diangkat Duta Jenama Kanta Optik HOYA
HOYA iaitu jenama kanta optik popular telah memperkenalkan muka baharu bagi jenamanya iaitu biduanita terkenal serta legenda, Dato’ Sheila Majid.
Selepas lebih tiga dekad menceburkan diri dalam bidang nyanyian, nama Dato’ Sheila Majidvsememangnya tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Suaranya yang merdu, lirik yang menarik dan melodi yang mengasyikkan membuatkan nama beliau sentiasa menjadi sebutan ramai peminat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur.
Pemilihan Dato’ Sheila Majid sebagai wajah terbaharu HOYA adalah tepat kerana beliau mempunyai semangat yang kental dan percaya bahawa beliau mampu mencorak kehidupan yang terbaik untuk dirinya. Sebagai sebuah jenama yang mempromosikan kebebasan peribadi dan keunikan setiap individu, HOYA sentiasa menjunjung cogan katanya iaitu ‘When you see more, you live more’ (Lebih banyak anda melihat, lebih bermakna hidup anda).
Menurut Pengarah Urusan HOYA, Edmund Song, HOYA mahu mengajak pelanggan mereka untuk mencipta detik-detik bermakna dalam kehidupan bersama-sama dengan mereka. Sebagai seorang wanita yang berkeyakinan dan berjaya mencipta kejayaan dalam kehidupannya, Dato’ Sheila Majid ialah duta yang terbaik untuk HOYA.
Sempena dengan kempen berkenaan, HOYA dan Dato' Sheila Majid turut mempromosikan kesedaran tentang penjagaan mata dan kesihatan mata dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat digalakkan agar kerap membuat pemeriksaan mata dan menggunakan kacamata yang bersesuaian ketika menatap skrin (peranti mudah alih, komputer, komputer riba, tv) untuk jangka masa yang panjang dan melindungi mata daripada terdedah kepada sinar matahari secara langsung.
Dato’ Sheila Majid akan ditampilkan dalam kempen bersepadu terbaharu HOYA di mana ianya akan ditayangkan di semua saluran online serta di dalam rangkaian kedai-kedai cermin mata. Merka juga akan melaksanakan beberapa program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) semasa bulan Ramadhan tahun ini, di mana HOYA akan membekalkan cermin mata untuk kira-kira 50 kanak-kanak kurang berkemampuan dan meraikan mereka dalam sesi ramah mesra bersama-sama dengan Dato’ Sheila Masjid semasa musim perayaan itu.
Teknologi ‘iD FreeForm Design’ dari HOYA
HOYA merupakan pengeluar kanta optik dan penyedia kaca mata utama di lebih 50 buah negara. Hasil usaha gigihnya, HOYA telah berjaya menghasilkan berbagai-bagai produk berinovasi tinggi termasuklah yang pertama memperkenalkan reka bentuk bersepadu dwi-permukaan menggunakan teknologi ‘iD FreeForm Design’ yang telah dipatenkan, sebuah reka bentuk progresif yang 100% boleh disesuaikan mengikut keperluan individu dan yang terbaharu, HOYA telah memperkenalkan lapisan pelindung anti-pantulan yang paling tahan calar dan tahan lasak di pasaran.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan HOYA, sila layari www.hoya.com.my
0 komen: