featured,

Sarapan Mudah Dan Seimbang Dengan Belvita

April 09, 2017 Hayaty 0 Comments

Sarapan pagi yang seimbang secara amnya mampu memberikan nutrien penting bagi tubuh badan kita. Penulis juga orang yang gemar bersarapan dan rasanya macam tak lengkap sehari kalau tidak mengambil sarapan pagi. Saya yakin ramai diantara mereka yang bekerja pejabat tidak ada masa untuk bersarapan dan mengejar masa, tetapi tahukah anda 20-30% keperluan tenaga harian adalah melalui sarapan yang berkhasiat.




Kenapa sarapan itu penting?

Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi  dan jika anda tidak bersarapan, anda mungkin akan kekurangan tenaga dan daya metabolisma badan juga akan menurut. Justeru itu, anda harus memilih sarapan seimbang dan berkhasiat sebagai menu sarapan pagi anda. Anda boleh minum segelas air kosong apabila bangun dari tidur untuk memastikan sistem penghadaman badan anda dalam keadaan baik. Anda juga boleh menikmati sarapan sekitar jam 9pagi-10pagi.

Kebaikan sarapan pagi

Selain daripada membekalkan tenaga, kebaikan sarapan pagi termasuklah pelbagai manfaat kesihatan jangka panjang yang positif seperti mengurangkan risiko obesiti, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Antara cadangan hidangan sarapan:

  • 1 hidangan biskut Belvita Milk & Cereal ( 5 keping biskut )
  • 1 biji epal hijau
  • 1 cawan yogurt asli
  • 1 cawan teh/kopi
  • 1 gelas air masak

Antara nutrisi yang perlu dititik beratkan di dalam pengambilan sarapan adalah:

  1. Karbohidrat
  2. Protein
  3. Lemak
  4. Vitamin A
  5. Vitamin B1,B2, B3
  6. Vitamin D
  7. Kalsium
  8. Zat Besi
  9. Zink

0 komen: