makan

Cara Buat Roti Manis Gebu Mudah

April 10, 2017 Hayaty 0 Comments



Roti pastinya menjadi kegemaran sekeluarga. Apa kata kali ini kita buat sendiri. Meskipun tanpa Breadmaker, cara membuat ini paling mudah dan menjadi.

Mari cuba !!

Bahan A
Yis 1 paket (11 gram)
1 cawan air suam
6 sudu gula
4 sudu susu pekat
Campur semua bahan di atas, tunggu dlm 10 minit. Jika berbuih, itu tandanya yis dlm keadaan baik dan boleh digunakan.
Selepas 10 minit campurkan 1 biji telur.
Gaul sehingga sebati.

Bahan B
3 1/2 cawan Tepung Gandum
2 sudu planta


  • Gaul tepung dan planta dengan sebati.
  • Seterusnya masukkan bancuhkan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Bancuhan yis tu mengikut kesesuaian tepung. Bancuhan yis perlu dimasukkan sedikit-sedikit bukan kesemuanya.
  • Jika tidak doh akan menjadi cair dan melekat-lekat. Masukkan yis dan tepungsehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Uli dan uli sehingga doh lembut dan licin.
  • Rehatkan doh dalam sejam.Doh akan kembang sehingga 2 kali ganda. Pukul-pukul dan tumbuk adunan, untuk mengeluarkan angin di dalam doh. Uli doh untuk bun atau roti idaman anda.
  • Selepas dibentuk, biarkan doh atau rehatkan doh untuk mengembang dan lembut. Sapukan marjerin cair atau bancuhan kuning telur untuk mendapatkan warna yang cantik.
  • Bakar 150 darjah celcius sekitar 20-30 minit mengikut kesesuaian oven anda.
  • Selepas siap, sapu lagi sekali dengan susu cair atau marjerin bagi menjadikan roti lembut dan kekal gebu.


Nota kaki
Resepi membuat roti ini kami perolehi dari papamedia.com. Kami di Dewi Malaysia membuat roti buku dan hasilnya seperti di bawah:


0 komen: