featured,

Resepi Buat Mi Dan Kuah Laksam Sedap Dan Mudah

April 09, 2017 Hayaty 0 Comments



Bahan-bahan mi laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak
Cara membuat mi laksam
  1. Campur semua bahan di atas sehingga sebati dan biarkan seketika.
  2. Panaskan periuk kukus dan sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak. Supaya mi laksam tidak melekat.
  3. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam loyang atau tudung periuk dan ratakan macam lempeng, pastikan adunan jangan terlalu tebal (guna 3 senduk setiap adunan ) kukus dalam masa 5 minit.
  4. Angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah loyang dengan air paip supaya sejuk dan adunan mudah ditanggalkan dari loyang.
  5. Guna hujung sudu atau sudip untuk mengeluarkan laksam dari loyang...terus gulung laksam tersebut hingga habis..
  6.  Kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis.

Kuah Laksam ( untuk 6 orang makan )

  1. 3 ekor ikan kembung
  2. 2 biji bawang sederhana besar
  3. 2 ulas bawang putih..
  4. sedikit halia ( 3cm)
  5. 1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  6. 2-3cm belacan
  7. 1/2 periuk santan pekat. 2-3 kotak santan.
  8. Sedikit garam dan gula
  9. 2 keping asam gelugur
Cara membuat kuah laksam
  1. Ikan yang direbus diambil isinya sahaja dan air rebusan. Ikan haruslah dibuang perut dan direbus hingga masak. Pastikan air rebusan paras ikan sahaja. Air rebusan ikan jangan dibuang..digunakan untuk kuah nanti.
  2. Potong kecil bawang besar, bawang putih serta halia. Kemudian, ambil sedikit belacan  dan kisar semua bahan bersama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang mempunyai santan tadi dan seterusnya masukkan baki air rebusan ikan.
  4. Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula.
  5. Masak hingga mendidih dengan api sederhana
Nota: belacan bakar- jika suka masukkan ke dalam kuah laksam

Bahan yang dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis

Sambal laksam

Kisar/tumbuk halus bahan di bawah:
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit

0 komen: