acara,

Tiada Lagi Luka, Kulit Lebih Licin Dengan Veet Sensitive Touch!

April 09, 2017 Hayaty 0 Comments



Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Cantik bukan sahaja terletak pada alat pembersih wajah atau alat solek yang kita guna, tetapi bulu-bulu halus pada kulit kita juga perlukan dijaga rapi. Biasanya agak rumit apabila ingin menanggalkan bulu-bulu halus pada kulit di bahagian sensitif seperti kening, kawasan bikini dan bawah lengan yang turut memerlukan perapian yang tepat. Alat-alat sedia ada seperti pisau cukur dan penyepit tidak boleh melakukan ini semua dengan baik, pastinya ada bulu-bulu kasar yang tertinggal dan menyebabkan kegatalan dan kerengsaan.



Veet Sensitive Touch

Memahami keperluan wanita kini, jenama depilatori No. 1 dunia, Veet melancarkan alat elektronik baharu yang memudahkan proses penjagaan dan perapian bulu. Alat baharu ini yang dikenali sebagai Veet Sensitive Touch merupakan peranti terkini dengan pelbagai unit kepala boleh diguna dan diganti bagi memudahkan perapian bulu di bahagian tubuh yang sensitif seperti kening, bawah lengan dan kawasan bikini. Aksesori khusus lain pada peranti direka bentuk bagi membolehkan peranti digunakan dengan lancar dan mudah tanpa risiko terluka pada kulit.

Wanita kebiasaannya menggunakan kaedah sedia ada seperti menggunakan penyepit atau rawatan benang halus bagi membentuk kening serta menggunakan pisau pencukur bagi menanggalkan bulu pada kawasan bikini dan bahagian bawah lengan.

Wanita pula terpaksa menggunakan pelbagai produk seperti pisau cukur, penyepit, krim penanggal bulu, helaian lilin penanggal bulu dan pelbagai alat lain untuk menanggalkan bulu di kawasan yang sukar dicapai. Masalah ini boleh ditangani dengan solusi inovasi baharu daripada Veet.

Soft Launch Veet Sensitive Touch bersama blogger



Baru-baru ini penulis berkesempatan untuk ke majlis soft launch Veet Sensitive Touch yang bertempat di Talent Lounge Damansara bersama para blogger kecantikan tanahair. Di majlis itu, kami diberi peluang untuk mencuba Veet Sensitive Touch dan memang mudah sebenarnya menggunakan alat ini. Kulit pula tiada tanda gatal-gatal dan kerengsaan. Selain mempunyai bilah yang berbeza mengikut kesesuaian tempat yang ingin dicukur, ia juga didatangkan dengan warna merah jambu yang menawan.





Veet Sensitive Touch

Bersaiz kecil seperti berus gigi elektronik, Veet Sensitive Touch mudah sahaja dibawa di dalam beg tangan serta membantu anda menyelesaikan situasi masalah bulu dimana-mana jua. Ada temu janji makan malam tetapi kening anda nampak tidak kemas selepas seharian bekerja? Gunakan sahaja Veet Sensitive Touch anda untuk mengemaskan kening bagi penampilan yang lebih menawan!


Menurut Jurusolek Selebriti Stevensunny, kening yang dibentuk rapi adalah sama pentingnya seperti penjagaan kulit dalam amalan kecantikan wanita.

“Kening memberi gambaran awal akan kecantikan diri anda. Anda boleh menunjukkan keberanian dan keyakinan diri dengan kening bersudut yang dibentuk rapi, atau bentuk lengkungan lain bagi menggambarkan sifat riang anda. Ramai wanita yang memberitahu saya bahawa mereka tidak tahu cara yang betul dan takut tersilap. Itulah sebabnya saya suka menggunakan Veet Sensitive Touch; ia sesuai untuk semua jenis kening dan juga tahap kemahiran pengguna. Anda juga boleh melaraskan kepanjangan yang anda mahu untuk merapikan bulu anda. Jika anda tidak suka atau sudah jemu dengan gaya kening yang anda cipta, anda boleh mengubahnya dengan mudah!” kata Stevensunny, jurusolek selebriti.

Supermodel Malaysia dan Aktres Amber Chia, yang turut hadir di pelancaran, memuji Veet Sensitive Touch kerana boleh menjimatkan masa para wanita yang sibuk sepertinya dan tidak perlu lagi menggunakan kaedah membentuk kening tradisional yang rumit dan tidak selesa.

Harga pek Veet Sensitive Touch


Setiap Veet Sensitive Touch disertakan dengan satu penggaya kecantikan, satu kepala pencukur dua belah untuk perapian kening yang optimum, satu kepala perapi kawasan bikini, dua sambungan sikat, satu penutup penggaya, satu berus pembersih dan satu beg kecantikan. Peranti ini menggunakan satu bateri AA yang turut disertakan bersama peranti. Veet Sensitive Touch dijual pada harga RM119.00 di kedai farmasi utama di seluruh negara serta penjual- penjual melalui dalam talian.

0 komen: