featured,

5 Petua Hilangkan Hingus Dan Selsema Bayi

April 09, 2017 Hayaty 0 Comments

Ibu ada masalah keluarkan hingus dan rawat selsema bayi? Bagi para ibu yang risau dan tak tahu bagaimana untuk mengeluarkan hingus bayi dengan cara tradisional, kami ingin kongsikan petua dan tips yang sedang viral di laman Facebook.

Daun Sireh - Daun Sireh untuk menghilangkan batuk dan kahak bayi anda

( puan Farhain Azmi )


  1. Ambil 1-2 helai daun Sireh dan layurkan pada api lilin atau api dapur anda.
  2. Selepas dilayurkan, sapukan sedikit minyak balm atau Vicks pada daun Sireh tadi.
  3. Kemudian, shelai diletakkan pada dada dan sehelai lagi diletak di belakang badan bayi.
  4. Ulang sehingga bayi bersin dan hingusnya keluar.

Steaming  dengan minyak pati asli

Anda boleh gunakan essential oil atau minyak pati asli Lavender atau minyak pati bawang putih, Habbatusauda, bawang putih yang diketuk dicampur air panas. Lakukan kaedah steaming atau wap di dalam besen berisi air panas, food warmer.Baringkan kepala bayi menghadap wap air ( condongkan kepala bayi atau tutup dengan towel di bahagian kepala bayi ), pastikan wajah anak tidak terlalu dekat dengan punca wap untuk mengelakkan melecur. Lalukan 5-10 minit.

Stokin bawang putih

Bakar beberapa ulas bawang putih dan tumbukkan kasar. Kemudian letakkan di dalam stokin bayi dan pakaikan pada bayi semasa tidur. Ulang hingga selsema hilang.

Pes Kunyit

Tumbukkan kunyit hidup dan sapukan pada hidung dan dahi bayi. Kunyit memang terkenal sebagai ubat antibiotik asli jadi ia mampu mengurangkan selsema bayi anda.

Halia Muda

Tumbukkan halia muda dan biarkan bayi anda hidu bau halia. Ulang sehingga selsema atau hingus keluar dari hidung.

Nasal Aspirator

Ini adalah cara moden tetapi agak berkesan. Anda boleh beli penyedut hingus bayi seperti ini dan letakkan pada pangkal hidung bayi.


0 komen: