kesihatan

Rawatan Mudah Masalah Bentan Dalam Pantang Di Rumah

Februari 18, 2017 Hayaty 0 Comments



Masalah bentan semasa pantang bukanlah perkara biasa bagi ibu selepas selamat melahirkan anak. Apa itu bentan? Bentan itu apabila ibu semasa pantang mengalami masalah badan lemah, urat dan sendi bisa seluruh badan. Terdaat pelbagai jenis bentan seperti bentan urat ( sakit urat ), bentan rahim ( sakit di bahagian rahim) dan bentan pinggang ( sakit di bahagian pinggang). Lazimnya, wanita selepas bersalin lebih senang mendapat jangkitan kuman kerana berlaku perubahan hormon. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang patut diambil kira, jangan terlalu taksub untuk mengikut petua ‘orang tua-tua’ atau kaedah tradisional yang banyak pantang larangnya. Jadi bagaimana untuk merawat masalah bentan jika anda berpantang sendiri? Jom cuba buat ubat mudah menggunakan nasi dan bawang putih.

Rawatan Bentan Di Rumah

Bahan-bahan
  • Nasi panas (lembik sikit)
  • Beberapa ulas bawang putih.
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu. Jangan dibakar sehingga kehitaman. Selepas dibakar masukkan seulas yang sudah dibakar itu ke dalam nasi dan dikepalkan. Dah siap, ibu-ibu boleh terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Tips dari Pn Norliza Salleh

0 komen: