acara,

[ Acara ]Japan Beauty Week - Inovasi Kecantikan Dari Negara Matahari Terbit

April 09, 2017 Hayaty 0 Comments

Semua sudah sedia maklum yang Jepun merupakan negara yang terkenal dan menjadi peneraju industri kecantikan di seluruh dunia. Bagi yang tidak tahu, jualan kosmetik dianggarkan melebihi AS $150 bilion menjelang 2017 ( Euromonitor International ).
Didorong oleh perkembangan permintaan daripada kelas menengah, Asia kini adalah sumber inovasi produk penjagan kulit dan kecantikan. Walaupun pengguna Asia secara tradisinya mengemari kosmetik jenama Barat, trend penggunaan produk Asia telah menjadi semakin popular di seluruh dunia. Japan Beauty Week (#JapanBeautyWeek) yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Kosmetik Jepun (JCIA) dan disokong oleh Kedutaan Jepun di Malaysia telah diadakan berturut-turut sejak 3 tahun yang lepas di kediaman eksklusif Duta Jepun.

Apa itu Japan Beauty Week?



Japan Beauty Week bertujuan untuk menggalakkan inovasi teknologi pembuatan kosmetik Jepun termasuk pengenalan kecantikan dalaman. Acara tersebut bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Duta Besar Jepun, H.E Dr. Makio Miyagawa diikuti oleh dan ucapan ringkas daripada Encik Tetsuya Kambe dari JCIA.  Inovasi produk penjagaan dan kecantikan akan terus memenuhi keperluan dunia yang sentiasa berubah. Pada majlis itu, beberapa jenama kosmetik Jepun terkenal seperti, Kanebo Cosmetics Malaysia Sdn Bhd, Kao (M) Sdn Bhd, Kose (Malaysia) Sdn Bhd, Nippon Menard (M) Sdn Bhd, Shiseido Malaysia Sdn Bhd dan Sunstar Singapore Pte Ltd telah mempamerkan produk terbaru mereka dan menyediakan konsultasi tentang penjagaan kecantikan. Acara ini berakhir dengan majlis makan malam yang dianjurkan oleh JCIA oleh Kedutaan Jepun untuk menggalakkan pembangunan perniagaan dan rangkaian produk itu di Malaysia.

Penulis juga berkesempatan untuk mencuba pelbagai produk terkini semasa acara itu berlangsung dan kami telah diberikan pek percubaan untuk pelbagai barangan kecantikan dan penjagaan diri.







0 komen: