Sponsored
Fesyen & Trend
Makan & Resepi

More News

Minuman Tenaga 'Warrior' Inspirasi Wira

Minuman tenaga sparkling yang serba baharu Warrior telah dilancarkan oleh Allexcel dan TC Pharma pada minggu lepas. Warrior merupakan jenama dinamik yang menyasarkan untuk meluaskan kategori minuman tenaga di Malaysia dengan usaha untuk membantu pengguna “menyerlahkan keyakinan dan keberanian” dan semangat kepahlawanan mereka dengan dua perisa hebat - zesty lemon dan fruity strawberry.

Minuman Warrior penuh khasiat



Diperkaya dengan kebaikan vitamin B dan C, masing-masing untuk meningkatkan daya tumpuan dan keimunan serta ekstrak Ginseng untuk menambah tenaga, Warrior menawarkan pengguna kecerdasan(kesiapsiagaan) yang amat diperlukan untuk mara ke hadapan dalam menjalankan tugas harian mereka dengan keberanian, keyakinan dan ketangkasan seorang wira!

Personaliti Warrior adalah sejajar dengan “Pahlawan Muda Zaman Moden” yang mencari jalan untuk memberikan yang terbaik, melangkah keluar dari zon selesa mereka dan merasai pengalaman baharu. Kebanyakan antara kita memerlukan kepastian bahawa mereka membuat keputusan yang betul dan jenama ini berusaha untuk menjadi pemangkin dalam membantu mendorong pengguna supaya mempunyai keyakinan diri – dan inilah yang melahirkan wira sejati. Hidup ini penuh dengan cabaran, tetapi janganlah menjadi seorang PERISAU, jadilah seorang Pahlawan.




Sebagai sebahagian daripada pelancaran dan pameran bergerak “Warrior Genesis” selama tiga hari, orang ramai akan dapat merasai pengalaman pengembaraan lintas teknologi baharu untuk “Menyerlahkan Kepahlawanan” dalam diri mereka. Aktiviti bermula dengan peserta mengenakan “War Paint” pemarmaran yang menarik perhatian yang merupakan pertama di Malaysia, di lengan mereka, diikuti oleh “Mission” realiti maya, yang diakhiri dengan peserta memberikan “Victory Pose” yang akan dirakam dengan teknik penggambaran bullet time dalam bentuk cetakan lentikular 3D yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan pengembaraan Warrior tersebut.

Pameran bergerak Warrior bermula hari ini di Petaling Jaya dan akan menjelajah ke Johor Bahru pada 29-30 April dan ke Pulau Pinang pada 20-21 Mei. Warrior boleh didapati di kedai serbaneka terkemuka dan kedai di stesen minyak terpilih, kedai-kedai runcit, pasaraya dan pasaraya besar pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM2.10 – 2.30 setin (bergantung kepada peruncit). Sempena pelancaran tersebut, orang ramai boleh menikmati promosi istimewa iaitu RM4.00 untuk dua tin Warrior 325ml dari 31 Mac hingga 2 April 2017 di Blue Concourse, Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid, serta berpeluang untuk merasai pengalaman Warrior Journey yang akan disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang unik dan mengujakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Warrior, sila layari www.facebook.com/WarriorSparklingEnergyMY dan www.instagram.com/WarriorSparklingEnergyMY.


[ Review Kecantikan ] Pengalaman Facial Treatment Unik Di Hannan Medispa Ampa

Penulis ingin berkongsi pengalaman sendiri membuat rawatan wajah di spa kecantikan wajah yang sedang meningkat naik di Malaysia iaitu Hannan Medispa Ampang.

Penulis mengalami masalah kekeringan kulit mungkin akibat perubahan hormon semasa mengandung. Jadi saya ingin mencuba rawatan wajah dan mendapatkan sesi konsultansi bersama Beauty Expert di sini. Yang menariknya, setiap rawatan wajah akan diberikan mengikut spesifikasi kulit wajah pelanggan selepas satu sesi analisis kulit terperinci dilakukan.


Rasanya semua sudah maklum mengenai Hannan Medispa yang sudah mempunyai 17 cawangan di serata Lembah Klang, dan Hannan Medispa cawangan Ampang ini adalah yang paling istimewa kerana ianya terletak di lokasi yang mudah untuk dikunjungi dan menggunakan sebuah banglo mewah dengan tempat letak kereta yang banyak untuk memudahkan pelanggan datang. Ianya terletak kira-kira 5 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat beli belah Ampang Point.

Selepas rawatan, anda boleh berehat di ruang rehat atau solat di surau yang disediakan di Hannan Medispa Ampang yang selesa ini dengan hidangan teh dan juga kek serta biskut secara percuma. Ada juga ruang untuk kanak-kanak bermain tau, jadi para ibu tak perlu risau okay? Baby and kids friendly spa.






Mengenai Hannan Medispa

Saya cerita serba sedikit mengenai Hannan Medispa Ampang secara umum. Medispa ini menyediakan terapi kecantikan untuk kulit muka bagi mengatasi masalah seperti:
  • Jerawat
  • Pigmentasi
  • Jeragat
  • Parut
  • Kulit Kering
  • Mencerahkan kulit
Dan juga menyediakan pakej rawatan kecantikan seperti Cleopatra treatment, Oxycryo, Magic Peel, Whitening Peel, Carbon Peel, Flawless Skin Therapy, Super Jegarat Therapy, Ultimate Diamond Silk Therapy dan banyak lagi.

Bagi yang ingin menguruskan badan pula, Hannan Medispa Ampang ada menyediakan rawatan Fat Freezing Therapy dan juga V Shape treatment dengan harga yang amat berpatutan. Fat freezing therapy merupakan teknologi terkini dari Korea Selatan untuk pelangsingan badan tanpa bedah atau suntikan. Lemak pada badan disedut dan dibekukan secara terkawal oleh mesin terkini yang terdapat di medispa ini tanpa kesan sampingan.

Ada juga pakej kecantikan lain seperti Eyelash Perming, Sexy Lips treatment dan lain-lain.

Apa istimewanya Hannan Medispa Ampang?

Bagi pelanggan yang beragama Islam, Hannan Medispa Ampang ini adalah medispa patuh syariah, spa muslimah dan kesemua pekerjanya adalah beragama Islam dan wanita. Ahli terapi wanita ini akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki. Rundingan kecantikan di sini diberikan oleh Beauty Expert terlatih berdasarkan analisis kulit seperti yang saya katakan di awal artikel tadi. Rawatan yang akan dicadangkan hanya berdasarkan apa yang diperlukan oleh pelanggan. Anda juga tak perlu risau kerana Hannan Medispa menyediakan pakej rawatan kecantikan dengan harga yang amat berpatutan.

Beza Hannan Medispa Ampang dengan pusat rawatan kecantikan yang lain adalah Beauty Expert di sini berpengalaman luas di dalam industri farmaseutikal dan bukan sembarangan. Pemilik cawangan Hannan Medispa Ampang iaitu Puan Narqes Mohd Raimi sendiri mempunyai Ijazah dalam bidang Farmasi dan setakat ini memiliki 2 cawangan Hannan Medispa iaitu di Ampang dan juga Rawang. Puan Narqes juga mempunyai latihan dan amali yang telah dilatih secara langsung oleh pengasas Hannan Medispa iaitu Dr. Hannan Yussof sendiri di cawangan Kota Bahru.


Review Rawatan Diamond Silk Peel di Hannan Medispa Ampang

Setelah melakukan analisis kulit, pakar perunding di sini mendapati kulit saya kusam dan juga terdedah dengan agen pemutih kulit yang melampau. Saya terkejut juga kerana pada awalnya saya ingat kulit saya kering akibat perubahan hormon semasa mengandung.


Oh sebelum terlupa, wanita mengandung juga boleh mendapatkan rawatan wajah di sini dengan selamat dan tanpa was-was. Jadi pihak Hannan Medispa Ampang telah mengesyorkan saya mengambil rawatan Diamond Silk Peel untuk melembapkan kulit disamping membuang bintik hitam dan bintik putih pada wajah saya. Ya, saya mempunyai masalah blackhead dan whitehead yang agak teruk juga, walaupun tiada masalah kulit lain.


Diamond Silk Peel ini untuk mengembalikan keanjalan wajah dan membuang bintik hitam dan bintik putih pada wajah. Mesin yang diimport khas daripada Korea ini, berfungsi untuk menyegarkan kulit yang kusam dan kering, bersihkan kulit daripada kekotoran, mengurangkan pigmentasi (JERAGAT) di wajah, dan paling penting dapat kelembapan instant. Mesin ni best sebab selain menyedut bintik hitam dan putih selepas wajah distimkan, ia menyalurkan serum pada kulit wajah pada masa yang sama. Best kan?



Mula-mula wajah dibersihkan dengan pencuci muka dan skrub


Wajah distim dengan steamer untuk mengeluarkan bintik hitam dan putih


Bintik hitam dan putih serta kotoran lain dikeluarkan


Bintik hitam dan putih serta kotoran lain dikeluarkan. Di dalam botol itulah terdapat semua kotoran yang keluar dari wajah saya. Setelah sekian lama tak buat rawatan muka, punya banyak kotoran yang keluar.


Masker dipakaikan pada wajah selama 15 hingga 20 minit.

Masker dipakaikan pada wajah selama 15 hingga 20 minit. Bagi pakej rawatan Diamond Silk Peel ini, sepatutnya RF dan LED therapy diberikan secara percuma. Namun disebabkan saya mengandung, saya dinasihatkan oleh Beauty Expert untuk tidak menjalankan rawatan tersebut. RF therapy dan topeng LED adalah seperti ini ya:


Selepas wajah saya dibersihkan dengan pencuci wajah dan skrub, wajah saya distimkan selama 15 minit. Kemudian, ahli terapi di sini terus menggunakan mesin terkini untuk infusi oksigen bersama serum khas sebelum memakaikan topeng masker khas selama 15-20 minit. Keseluruhan proses rawatan Diamond Silk Peel ini mengambil masa kira-kira kurang dari 45 minit untuk satu rawatan.

Terapi wajah Diamond Silk Peel  ini tidak menggunakan sebarang laser dan ia amat sesuai untuk orang kita disamping dapat mencerahkan kulit wajah dengan teknik cooling with oxygen. Proses ini juga menggunakan 100% oxygen infusion ke dalam kulit muka (tanpa suntikan) di campur dengan whitening serum. Memang hasilnya dapat dirasai sejurus selepas rawatan, kulit memang betul-betul licin, dan kita boleh nampak perbezaan sebaik sahaja selesai terapi ni.

Treatment Diamond Silk Peel ini hanya RM250 untuk satu sesi tetapi Hannan Medispa Ampang menyediakan pakej rawatan untuk 5 sesi dengan hanya RM1000 ( RM200/1sesi) dan 10 sesi dengan harga pakej RM1800( RM180/1sesi rawatan).

Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan rawatan Diamond Silk Peel di Hannan Medispa Ampang kerana bukan sahaja ia tidak perlu mengambil masa yang lama, bahkan rawatannya juga memberikan kesan sejurus selepas rawatan dilakukan.

Produk kecantikan eksklusif di Hannan Medispa Ampang



Yang menariknya, pelanggan juga boleh membeli produk kecantikan yang dijual esklusif di Hannan Medispa dengan harga yang amat berpatutan.


Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai semua rawatan yang terdapat di Hannan Medispa Ampang, anda boleh layari:

Instagram: hannanmedispa_ampang
Official Website: www.hannanmedispa.com.my

Lokasi: 301, Jalan 3, Ampang Utama, Ampang 68000
Telefon: 013-263 5007 / 03-42656442
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam.

KidZania Malaysia Kini Ada Tarikan Baru Untuk Kanak-Kanak!

KidZania Kuala Lumpur dan SHARP Malaysia telah melakukan kerjasama erat untuk membawa pengalaman pembelajaran yang baru kepada kanak-kanak, iaitu mengajar mereka mengenai teknologi di sebalik pembersih udara dan bagaimana kualiti udara boleh memberi kesan kehidupan seharian.



Sains dan teknologi adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita, dari alat peribadi seperti telefon bimbit dan komputer kepada perkhidmatan awam seperti industri perbankan dan berskala besar seperti perjalanan udara dan pembuatan. Dengan menerapkan minat dan menyediakan pengalaman interaktif untuk kanak-kanak, mereka berharap untuk memainkan peranan kecil dalam membina generasi yang memahami dan menggunakan teknologi untuk membuat masa depan ini tempat yang lebih baik. Untuk menunjukkan bagaimana pembersih udara boleh memberi kesan positif kepada kualiti udara di dalam rumah dan lain-lain persekitaran dalaman, SHARP Air Purifier Research And Development di KidZania akan menampilkan ujian penapisan asap dan ujian bau dan mempamerkan teknologi Plasmacluster Ion proprietari SHARP untuk mengekalkan udara yang bersih.


Selain daripada pelancaran SHARP Air Purifier Research & Development di KidZania Kuala Lumpur, SHARP juga mengumumkan penyertaan mereka dalam aplikasi KidZania go! - sebuah program sekolah mudah alih yang memberi manfaat buat kanak-kanak khususnya. Aktiviti-aktiviti dalam program ini termasuk perbincangan mengenai alam sekitar dan topik-topik seperti kualiti udara, Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan perlindungan jerebu supaya pelajar mempunyai pemahaman yang lebih baik bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada kesihatan mereka dan apa yang mereka boleh lakukan.

KidZania Kuala Lumpur menawarkan lebih daripada 100 aktivitiyang berkaitan profesion  di 60 bandar kecil yang menggalakkan kanak-kanak untuk mengamalkan tingkah laku positif dan membantu mendidik mereka untuk mengendalikan permintaan dan cabaran kehidupan seharian. KidZania Kuala Lumpur juga merupakan rakan kongsi rasmi kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai Kidzania go! boleh menghantar emel kepada kzkl.go@kidzania.com.my.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi KidZania Careline 1300 88 KIDZ (5439) 9:00-20:00, Isnin hingga Ahad.

Nu Skin AgeLOC Me - Jaga Kulit Guna Teknologi Pintar

Nu Skin Malaysia hari ini memperkenalkan ageLOC Me ,iaitu satu sistem penjagaan kulit unik yang dilengkapi tekonologi terkini berserta perumusan anti-penuaan serba canggih. Pengenalan ageLOC Me itu sekaligus membawa pembaharuan yang ketara terhadap rutin penjagaan kulit seharian kerana ianya boleh disuaikan mengikut keperluan tertentu setiap individu.


Diilham oleh sekumpulan pakar anti-penuaan tersohor dunia, ageLOC Me adalah peranti kecantikan mesra pengguna yang menyampaikan rejimen diperibadi merangkumi serum dan pelembap anti penuaan bertenaga daripada 2,000 kebarangkalian kombinasi rejimen yang dirumus khas buat wanita mahupun lelaki yang ingin mencegah dan meminimakan tanda-tanda penuaan.



Sistem ageLOC Me Nu Skin menampilkan lima produk anti-penuaan yang unggul, kesemuanya dalam satu peranti pintar dan bersih. Ini menjadikan rutin penjagaan kulit lebih mudah dan menyeronokkan kerana ia menyediakan rejimen yang telah diperkemas dan diringkaskan, serta dapat menentukan sukatan dos yang tepat untuk kegunaan harian.

Ciri-ciri ageLOC Me


Peranti ageLOC Me merangkumi mod-mod penyampaian pintar seperti mod separa automatik atau automatik, mod melancong dan mod penggunaan tunggal. Ia juga didapati dalam 29 bahasa berlainan untuk membantu para penggunanya memahami dan memanfaatkan sepenuhnya fungsi peranti itu.

Selepas memulakan dengan set asas pelembap dan serum untuk selama dua minggu pertama,  susuli pula dengan langkah berikutnya iaitu dengan membiarkan ageLOC Me menjalankan penilaian digital bagi menentukan set produk diperibadi bersesuaian berdasarkan keperluan dan kehendak penjagaan kulit seseorang individu itu. Melalui penilaian itu, kod penjagaan kulit peribadi akan dapat diperolehi. Penggunanya bebas menjalani penilaian itu  berulangkali bagi memastikan rejim penjagaan kulit diperbaharui dari masa ke semasa mengikut  keadaan kulit terkini.

Setiap rejimen penjagaan kulit peribadi merangkumi:

  • Serum ageLOC Me – Memaksimakan rawatan anti penuaan dengan kekuatan tiga serum untuk mencegah gejala-gejala penuaan yang menjadi kelaziman seperti kekedutan, tona kulit tak sekata serta kulit kering dan kasar, sekaligus menghasilkan kulit yang tampak sihat dan muda.
  • Pelembap ageLOC Me Siang – Pelembap Siang memastikan anda memulakan hari dengan penuh rasa segar setiap pagi. Ia membekalkan penghidratan untuk menguat dan mengekalkan sawar kelembapan semulajadi, sekaligus melindunginya untuk sehari suntuk.
  • ageLOC Me Malam – Dirumus khas untuk mempermuda kulit walaupun sewaktu anda sedang nyenyak tidur. Pelembap Malam menenang dan melegakan kulit tatkala membantu proses pemulihan semulajadi  pada waktu malam.
Nu Skin ageLOC Me dapat dilengkapi bersama produk lain termasuk ageLOC Me ageLOC Gentle Cleanse and Tone, ageLOC Galvanic Spa with ageLOC Galvanic Facial Gels, ageLOC Tru Face Essence Ultra, Tru Face IdealEyes serta Tru Face Line Corrector.
Sistem Penjagaan Kulit Nu Skin ageLOC Me akan mula dipasarkan dari 25 Mac 2017 di semua Pusat Pengedaran Nu Skin. Harga jualannya ditetapkan pada RM3,346.
Untuk maklumat lanjut mengenai Nu Skin,  sila layar www.nuskin.com, ikuti laman Facebook Nu Skin, ataupun hubungi talian hotline: +603 – 2170 7888.

Semua Ahli Boyband Dari China Ini Sebenarnya Gadis

Mungkin anda pernah dengar nama kumpulan FFC Acrush dari negara China ini, tetap apa yang mengejutkan kami adalah bukannya disebabkan ahli kumpulannya yang semuanya kacak dan comel tetapi kami lebih terkejut dengan jantina ahli kumpulan ini!

Kumpulan yang dianggotai oleh para gadis ini ditubuhkan pada tahun lepas tetapi telah mendapat hampir 900,000 pengikut di platform sosial Weibo. Kumpulan ini dijangka mengeluarkan video pertama mereka pada bulan ini. Menurut pengurus band tersebut, Encik Zhou, kumpulan itu menggunakan istilah gender bebas "meishaonian," yang bermakna belia kacak dalam bahasa Cina. Malah "A" dalam nama kumpulan itu adalah bermaksud Adonis, tuhan kecantikan lelaki Yunani.Kumpulan itu ditubuhkan selepas pengurus mereka mencari bintang unisex di seluruh negara, berdasarkan kejayaan Li Yuchun, bintang pop di China yang mengekalkan gaya yang agak maskulin.

Selepas kira-kira enam bulan mencari, Lu Keran, An Junxi, Peng Xichen, Min Junqian dan Lin Fan telah diumumkan sebagai lima anggota Acrush. Menurut Lu, dia menyimpan rambutpendek sejak dia masih muda, dan sering disalahanggap sebagai lelaki apabila pergi ke tandas wanita.







Guardian Corporate Brand - Guardian Perkenal Jenama Sendiri

Gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, kini menawarkan pengguna dengan kualiti yang diyakini pada harga digemari menerusi penambahbaikan produk-produk di bawah jenama “Guardian Corporate Brand”.

Guardian Malaysia mempunyai lebih 420 buah cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3 juta pelanggan setiap bulan. Guardian mempunyai hampir 500 SKU ‘house brand’, atau “corporate brand” produk yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan-cawangan Guardian di seluruh negara. Produk jenama Guardian ini merangkumi setiap aspek kehidupan daripada kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keluarga dan warga emas.

Istimewanya ‘Guardian Corporate Brand’



Produk ‘Guardian Corporate Brand’ menjadi pilihan para pengguna di seluruh rantau ini, termasuklah Malaysia. Ia menyumbang secara besaran ke atas jumlah jualan keseluruhan Guardian kerana kualiti, tahap keselamatan yang tinggi serta memberi ketenangan minda dan nilai kepada para pengguna.

Produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’ perlu mematuhi peraturan yang ketat di semua negara di mana ia dijual. Sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pengguna terhadap kualitinya.

Langkah berani Guardian untuk mengutamakan produk-produk jenama korporatnya dijangka mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. Ini kerana ia menawarkan aspek terbaik dalam produk-produk klasik dan trend baru di seluruh rantau ini untuk semua peringkat umur serta kategori produk.

Guardian bekerjasama dengan para pengeluar terkemuka dan menggunakan formulasi inovatif dalam semua bentuk pembangunan serta pengilangan produk jenama korporatnya. Semua produk penjagaan kulit dan badan Guardian telah diuji secara dermatologi. Ia terbukti mempunyai kualiti terbaik untuk memberi penjagaan dan keyakinan kepada para penggunanya.

Kempen “Recommended by The Toughest Users”


Jenama gergasi produk kesihatan dan kecantikan ini turut memperkenalkan pelekat “Recommended by The Toughest Users” sebagai satu bentuk kempen yang membuktikan penambahbaikan terhadap hampir 500 produk SKU ‘Guardian Corporate Brand’. Ia merangkumi produk-produk Bayi & Kanak-kanak, Mandian & Badan, Kertas, Kapas & Wipes, ‘Oral’ & Pisau Cukur, ‘Mask’ Muka dan kategori produk kesihatan.
Pelekat itu menunjukkan bahawa semua produk “Guardian Corporate Brand” telah menjalani tiga langkah jaminan kualiti Guardian. Di samping jaminan ketenangan minda kerana rangkaian produk terpilih itu sudahpun diuji dan terbukti dari segi dermatologi. Semua produk

“Guardian Corporate Brand” hadir bersama jaminan pulangan semula wang yang jelas membuktikan keyakinan Guardian terhadap kualiti dan keselamatan produknya mampu memenuhi kepuasan pengguna. Guardian akan menganjurkan kempen “Recommended by The Toughest Users” yang memberi manfaat kepada tiga profail penggunanya. Mereka terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya dan mementingkan kualiti serta golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda dan dapatkan katalog bulan April untuk mengetahui perincian promosi ini.